Hari ini pada 15 Oktober 2009 (Khamis), bertempat di Foyer Radio, Angkasapuri berlangsung majlis Mesra Aidilfitri RTM 2009. Pada jam 1.00 tengahari semua warga RTM memenuhi ruang foyer bagi meraikan majlis yang meriah itu.
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Timb. Menteri, Dato Joseph Salang, Dato’Norhayati Hashim, En. Jumat Engson, Hj Keliwon Pajhar dan lain-lain ketua bahagian dari Unit Televisyen dan Radio di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM. Gerai-gerai yang menyertai hidangan makanan terdiri dari Bahagian Ehwal Semasa, Penerbitan Radio, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Rekabantuk dan Pementasan.
Bahagian Rekabentuk dan Pementasan turut menyertai gerai makanan iaitu dengan Kambing Golek. Ianya menjadi tarikan minat warga RTM yang menanti daging kambing panggang yang enak aromanya. Di akhir majlis Bhg Rekabentuk diberi hamper penghargaan dalam Kategori Gerai Kreatif.
Selain dari pelbagai juadah-juadah dan hidangan yang menarik turut disembahkan nyanyian karaoke, aksi pengantin bersanding, persembahan kugiran yang mengiringi sepanjang majlis berlangsung. Majlis yang berakhir pada jam 2.00 petang itu meninggalkan kemesraan dan silaturrahim di kalangan seluruh warga RTM.
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment