Tuesday, October 13, 2009

TOKOH PEREKA BERDEDIKASI: EN. FATAH

Bila warga RTM menyebut tentang rekaan grafik mereka begitu sinonim dengan nama Abdul Fatah. Beliau dilahirkan di Permatang Sg. Dua, Kepala Batas Seberang Perai,Pulau Pinang pada 17 November 1953. Mula berkhidmat di Bhg Rekabentuk dan Pementasan sebagai Pen.Pelukis Grafik sejak dari tahun 1979. En. Fatah melalui pengalaman bertugas di era TV hitam putih hinggalah kini (2009). Setelah mencongak beliau sudah berkhidmat selama 30 tahun di bawah 6 orang Ketua Pengarah.

Ketika itu tugas grafik dibuat secara manual menggunakan pemotong, pewarna, mesin hot stamping bagi menyiapkan kerja-kerja grafik. Kenangan paling manisnya ialah ketika bertugas syif malam untuk Berita TV dan sudah tentu setiap malam beliau terpaksa mengejar bas terakhir untuk pulang kerumah.

Sepanjang bertugas di RTM beliau melaksanakan tugas dengan penuh cemerlang. Sebagai ganjarannya beliau telah dianugerahkan Sijil Khidmat Cemerlang sebanyak 2 kali iaitu pada 18 Julai 1997 dan 11 April 2008. En Fatah adalah seorang yang begitu tekun dan patuh dengan tugas yang diberikan. Beliau disegani kerana kerajinan, ketelitian serta kesabaran yang ditunjukkan walaupun menghadapi pelbagai karenah. Sikapnya yang terbuka dan mudah menerima pandangan menjadikan sesiapa yang berurusan dengan beliau amat menggemari hasilkerjanya. Inilah sikap yang sukar dicari.

Di zaman penggunaan IT, En Fatah dapat menguasai kemahiran perisian computer seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan lain-lain peralatan digital. Walaupun bermula tugas menggunakan peralatan rekaan grafik dan binaan set secara tradisi ianya tidak menjadi halangan bagi En Fatah untk menguasai bidang kegunaan komputer.

Pada 17 November 2009 nanti En Fatah akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pereka Grafik di Unit Cetakan Grafik RTM. Sekali lagi RTM bakal kehilangan seorang lagi insan seni yang kreatif, berbakat, tekun, rajin dan paling sabar dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

No comments:

Post a Comment